Telefon bimbit antipintar berharga RM31,675

Posted by gedungilmu | Tuesday, 3 May 2011


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnKRS9LKdDLxfDzBcUVodLQrvDq_BgjvPl-pVJWFtY1fpxoA8RnFCtLCZuivIH8B0PBwqcR1T8k_HNSltZY3n0tPGCAKNqXnBTCE7sDpCfBd3yO7265yuCTjEZkmXquLkJ5EtOOOnT/s1600/1.2.jpgLONDON -Tiada enjin carian Internet Google mahupun kamera tetapi harga telefon bimbit jenama Æsir YB1 jauh lebih mahal berbanding telefon pintar iaitu mencecah £6,400 (RM31,675) lapor sebuah akhbar semalam.

Menampilkan reka bentuk mudah dan ringkas, gajet buatan Denmark itu begitu diminati oleh golongan kaya dan merupakan gajet prestij mereka.

YB1 yang didatangkan dengan skrin kaca batu nilam, cuma dilengkapi fungsi asas telefon bimbit iaitu kemudahan panggilan dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Namun Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata, YB1 mahal kerana ia dibuat dengan menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan jam tangan mewah.

"Orang kaya tidak perlukan telefon pintar seperti iPhone, mereka mengupah staf untuk mengendalikan jadual, menghantar e-mel atau mengemas kini Facebook," katanya. - Agensi


Labels:




Kongsi Artikel Ini :

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

COMMENTS :


Post a Comment

Leave your thoughts and comments here!

Copyright © 2011 Blogger Magazine Theme 2 | All Rights Reserved | Template by Gedung Ilmu|Designed by : RAHSIAKOMPUTER